Tuesday, July 5, 2011

SYAABAN KEMBALI!! RAMADHAN MENANTI!!

SYAABAN KEMBALI!!
RAMADHAN MENANTI!!
Bulan Syaaban merupakan bulan ke -8 dalam tahun Hijrah yang mempunyai 28 hari. Bagi umat Islam ianya merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ianya ibarat bulan persediaan untuk memasuki fasa bulan yang sangat ditunggu-tunggu, itulah Ramadhan Al-Mubarak.

KELEBIHAN SYAABAN

Dari Aisyah,Ummulmukminin RA katanya : Rasullullah SAW sering puasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya.Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan terus berbuka.Dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan.Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak puasanya di bulan Syaaban. (HR Muslim 1125:266)

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah sampai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban
”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

1. Menghidupkan malamnya dengan ibadat khasnya pada malam Nifsu Syaaban (pada malam 14 Syaaban).Ini kerana
malam Nisfu Syaaban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’Mi’rajnya dan Ramadhan dengan Lailatul
Qadarnya. Pada Malam Nifsu Syaaban disunatkan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat bacaan pertama memohon agar Allah SWT memanjangkan umur didalam ketaatan dan sentiasa beramal Soleh.Bacaan kedua memohon supaya ditolak segala bala bencana yang bakal menimpa bila-bila masa dan bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan dimurahkan rezeki yang halal.

2. Sering bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah:
الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبِ وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan"
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
3. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat dari segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibubapa serta keluarga.
4. Memperbanyakkan membaca al-Quran ,bertasbih, bertahmid,berzikir,berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Amat baik dibaca penghulu Istigfar.


RAMADHAN KAREEM!! رَمَضَان كَرِيْم
(Ramadhan Yang Mulia)
Ramadhan Ya Ramadhan..Ahlan Bika Ya Ramadhan..
(Selamat datang Wahai bulan ramadhan)

Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam .Ia nya bulan ke 9 didalam tahun Hijrah. Ianya mempunyai pelbagai kehebatan, kemaghfiratan ( keampunan ) dan limpah ruahnya rahmat Allah didalam bulan ini.Ramdhan juga adalah bulan kemenangan buat umat Islam.Perjuangan dan peperangan didalam bulan ini juga tidak melemahkan umat-umat terdahulu dalam menegakkan kalimah Syahadah di atas muka bumi ini.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.

1. Pintu Syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : “Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan’. (Muttafaqun Alaihi).

2. Kegembiraan orang yang berpuasa. Sabda Baginda SAW :
Maksudnya : “Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.

3. Bulan Ramadhan juga diturunkan al-Quran
Maksudnya : Bulan Ramadhan yang adalah pada nya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan diantara yang benar dan yang
salah ( Al-Baqarah : 185)

4. Malam Al-Qadar لَيْلَةُ القَدَر
Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran pada Malam Al-Qadar.Tahukan engkau apa itu malam Al-Qadar? Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Turun para malaikat dan Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.Selamatlah malam itu hingga terbit fajar. (Al-Qadr)

AMALAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Sentiasa mengimarahkan masjid-masjid atau surau dengan solat fardu berjemaah bersama dan solat Sunat Terawikh berjamaah.
2. Sentiasa membaca al-Quran ( di syorkan membawa al-Quran kecil kemana-mana sahaja kecuali tandas).
3. Sentiasa berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT moga diampunkan dosa-dosa yang lalu, kerana bulan Ramadhan awalnya adalah Rahmah. Pertengahan nya Maghfirah ( Kemapunan ) dan akhirnya adalah dijauhkan dari api neraka.
4. Tidak membazir dengan membeli makanan atau minuman secara belebih-lebihan kerana membazir itu amalan syaitan.
5. Memnyambut Ramadhan dengan penuh rasa keinsafan kerana saat paling gembira nya adalah bila menjelang bulan Syawal.
Semoga bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal menjelang ini menjdikan kita sebagai umat yang terpelihara di dalam rahmatnya. “Sakinah, Mawaddah , Rahmah”
Di Olah dari : Panduan Lengkap Kehidupan Muslim : Haji Nik Azran Muhamed & Wardinah Wan Abdul Razak

No comments: