Monday, December 5, 2011

Program SSJ & Nostalgia Perkahwinan

Program big pasangan yg bkahwin 10 thun kebawah & 10 thun keatas

Wednesday, September 21, 2011

...................

Mencari Idea untuk dibekalkan manfaat pada Umat.

Monday, August 15, 2011

Duit baru

Bank Negara..

Duit baru RM6 sempena aidilfitri 2011....

Cetakan terhad… jgn lepaskan peluang utk di jadikan duit raya

utk tahun ini. Hanya utk tahun ini shj.


Tuesday, July 5, 2011

SYAABAN KEMBALI!! RAMADHAN MENANTI!!

SYAABAN KEMBALI!!
RAMADHAN MENANTI!!
Bulan Syaaban merupakan bulan ke -8 dalam tahun Hijrah yang mempunyai 28 hari. Bagi umat Islam ianya merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ianya ibarat bulan persediaan untuk memasuki fasa bulan yang sangat ditunggu-tunggu, itulah Ramadhan Al-Mubarak.

KELEBIHAN SYAABAN

Dari Aisyah,Ummulmukminin RA katanya : Rasullullah SAW sering puasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya.Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan terus berbuka.Dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan.Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak puasanya di bulan Syaaban. (HR Muslim 1125:266)

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah sampai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban
”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

1. Menghidupkan malamnya dengan ibadat khasnya pada malam Nifsu Syaaban (pada malam 14 Syaaban).Ini kerana
malam Nisfu Syaaban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’Mi’rajnya dan Ramadhan dengan Lailatul
Qadarnya. Pada Malam Nifsu Syaaban disunatkan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat bacaan pertama memohon agar Allah SWT memanjangkan umur didalam ketaatan dan sentiasa beramal Soleh.Bacaan kedua memohon supaya ditolak segala bala bencana yang bakal menimpa bila-bila masa dan bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan dimurahkan rezeki yang halal.

2. Sering bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah:
الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبِ وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan"
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
3. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat dari segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibubapa serta keluarga.
4. Memperbanyakkan membaca al-Quran ,bertasbih, bertahmid,berzikir,berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Amat baik dibaca penghulu Istigfar.


RAMADHAN KAREEM!! رَمَضَان كَرِيْم
(Ramadhan Yang Mulia)
Ramadhan Ya Ramadhan..Ahlan Bika Ya Ramadhan..
(Selamat datang Wahai bulan ramadhan)

Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam .Ia nya bulan ke 9 didalam tahun Hijrah. Ianya mempunyai pelbagai kehebatan, kemaghfiratan ( keampunan ) dan limpah ruahnya rahmat Allah didalam bulan ini.Ramdhan juga adalah bulan kemenangan buat umat Islam.Perjuangan dan peperangan didalam bulan ini juga tidak melemahkan umat-umat terdahulu dalam menegakkan kalimah Syahadah di atas muka bumi ini.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.

1. Pintu Syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : “Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan’. (Muttafaqun Alaihi).

2. Kegembiraan orang yang berpuasa. Sabda Baginda SAW :
Maksudnya : “Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.

3. Bulan Ramadhan juga diturunkan al-Quran
Maksudnya : Bulan Ramadhan yang adalah pada nya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan diantara yang benar dan yang
salah ( Al-Baqarah : 185)

4. Malam Al-Qadar لَيْلَةُ القَدَر
Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran pada Malam Al-Qadar.Tahukan engkau apa itu malam Al-Qadar? Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Turun para malaikat dan Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.Selamatlah malam itu hingga terbit fajar. (Al-Qadr)

AMALAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Sentiasa mengimarahkan masjid-masjid atau surau dengan solat fardu berjemaah bersama dan solat Sunat Terawikh berjamaah.
2. Sentiasa membaca al-Quran ( di syorkan membawa al-Quran kecil kemana-mana sahaja kecuali tandas).
3. Sentiasa berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT moga diampunkan dosa-dosa yang lalu, kerana bulan Ramadhan awalnya adalah Rahmah. Pertengahan nya Maghfirah ( Kemapunan ) dan akhirnya adalah dijauhkan dari api neraka.
4. Tidak membazir dengan membeli makanan atau minuman secara belebih-lebihan kerana membazir itu amalan syaitan.
5. Memnyambut Ramadhan dengan penuh rasa keinsafan kerana saat paling gembira nya adalah bila menjelang bulan Syawal.
Semoga bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal menjelang ini menjdikan kita sebagai umat yang terpelihara di dalam rahmatnya. “Sakinah, Mawaddah , Rahmah”
Di Olah dari : Panduan Lengkap Kehidupan Muslim : Haji Nik Azran Muhamed & Wardinah Wan Abdul Razak

Sunday, November 14, 2010

Kelebihan Zulhijjah

KELEBIHAN ZULHIJJAH

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.

Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)
Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)
Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)
Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.


Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.



Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.



Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

Diambil daripada http://www.hmetro.com.my/articles/KelebihanZulhijjah/Article

Sunday, December 6, 2009

Satu Kelahiran

tetap cool..cukurlah..cukurlah...lalalla
ades..sape lg yang nk cukur?ader sebelah lagi..huhuhu..baby ahmed tetap cool....

Mahhaban Yamarhaban..Ahmed sewaktu hendak dicukur..ngelak2 2..


ahmed kene cukur..rileks je mcm bapak dier..cool..(jgn kuat tido mc hadi yer)hahahaha




Atok saya nk cukur saya lak..







Alhamdulilah....Syukur sangat2 pada Allah..Pada 28hb November 2009 lahirlah seorang bayi yang di beri nama Ahmed Redhauddin bin Hairul Nizam. Berat 2.42 kilo, Lahir di Hospital Sultan Ismail (hosp Sultan 2..)huhuhu..Ahmed lahir sebulan sebelum tarikh due..Alhamdulilah...berkat selusuh walid..kui3x....Semoga Ahmed akan menjadi pejuang agama yg sejati..Amin Yarabb!














Sunday, October 25, 2009

QAILULAH...BESTNYER...

PENGENALAN

Tidur sekejap pada waktu tengah hari ( Qailulah ) dan bangun sebelum zuhur sebagaimana sunnah Rasulullah SAW. Amalan ini telah dilupakan dan tidak diambil perhatian. Walaupun ia dilakukan pada masa ini, namun ia tidak menepati kehendak Sunnah.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اِسْتَعِيْنُوْا بِطَعَامِ السَّحْرِ عَلىَ صِياَمِ النَّهَارَ وَ بِقَيْلُوْلَةِ النَّهَارِ عَلىَ قِياَمِ الَّليْلِ
Maknanya :
“ Mintalah bantuan dengan bersahur bagi orang-orang yang berpuasa di siang hari dan tidur Qailulah bagi orang-orang yang hendak mengerjakan Qiammulail “ .

KAEDAH
1. Pastikan diri, pakaian dan tempat dalam keadaan yang bersih.
2. Hendaklah mengambil wuduk sebelum tidur.
3. Sebaik-baiknya tidur menghadap kiblat.
4. Membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.


HIKMAH

1. Dapat memberi kerehatan dan kesegaran kepada tubuh badan untuk menyambung aktiviti seharian.
2. Memudahkan seseorang itu qiamullail.
3. Mengekalkan kesihatan tubuh badan.