Thursday, July 2, 2009

Nizar Manek Urai: Kena Tindih Hantu Kopek?

Fenomena kene tindih... Kepercayaan dan Kebenaran.. (saja nak share pengalaman dengan rakan, dah letih dengan politik... jom kita relax sekejap)Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni... betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda-benda pelik-pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya) Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena.... aku pun secara jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu... adalah dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh buka mata separuh..... aku tau aku sedar... tapi tak boleh gerak... kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak..... lepas 5 ke 10 minit baru boleh gerak.... aku dulu pun takut... memang ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu rasa seram sejuk jer...Setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenarannya... ni aku nak cerita sikit pasal fenomena kena hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis'Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah satu keadaan yang terdiri daripada sudah tentulah paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).... temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)Normal badan manusia bila tidur, bila masuk tahap tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) tahap... otak akan bagi tau badan kita suruh rehat... badan kita kira macam switch off kejap... REM atonia (tak ada muscle tone).Otak kita pun ada switch off button.... dipanggil Reticular Activating System (RAS)...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja yang on... kiranya screensaver lah atau hibernate...So... bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar (fully awake state) tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suruh switch on balik badan kita.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... sebelum otak activate balik.... memang menakutkan tapi benar....Tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full.. kadang-kadang partial atau sebahagian sahaja... pasal tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc....Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal.... extreme sangat)6. Orang yang ada penyakit narcolepsySo… jangan lagi ada yang berkata kena hempap dengan hantu. Korang semua lagi hantu sebenornye.... tapi kalau korang yang terutamanya kaum lelaki tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek bini janganlah korang baca ayat Kursi.. nanti terbakar pulak bini korang.. ucapkanlah Alhamdulillah!!!!… ha…ha..ha…

copy from ikutsukaku.blogspot.com

No comments: